Sunday, January 4, 2015

gigih semula ber blog

assalamualaikum semua.

nampak lain macam je tajuk ni ye. Perjalanan penulisan blog saya ni nampak tak begitu lancar. impian nak ber blog tu ada , tapi tak istiqamah langsung. last post oktober 2013. kalau lihat pula kat blog2 saya yg lain ...sama juga. apa la banyak sangat blog tapi tak update kan ! Hajat di hati nak buat 1 blog untuk perkongsian ilmu dan inspirasi ...samada inspirasi yg dapat saya kongsi atau inspirasi yg dapat dikongsi dari blogger lain...atau sumber2 lain. blog yg lain tu adalah blogshop...melayan passion saya dalam kraf kreatif.

Tapi kali ni azam saya memang sungguh membuak2. Sungguh saya telah bertemu peluang yang saya anggap rezeki dan peluang terbaik bagi saya.  Sehingga menemukan saya semula dengan keinginan untuk terus menulis.

Pencarian saya sebenarnya bukan tentang blog. saya mencari web designer yang boleh buat web shopping cart yang lengkap utk kraf bisnes saya. cari punya cari...saya dipertemukan dengan web designer yg juga merupakan pengamal supplement Shaklee & distributor. Selepas melayari blog mereka, saya dipertemukan dengan 1 e-book yang membuka hati saya untuk menyertai shaklee. Insyaallah saya akan kongsikan nanti. Disini sebenarnya saya telah mengambil tindakan untuk membina 1 kejayaan yang hebat bersama shaklee.


Semasa pregnant anak ke4 dan menyusu saya mmg mengamalkan supplement shaklee. saya mengalami alahan yg teruk sehingga turun 5kg.HB darah pulak mmg fail.  tapi dgn shaklee Alhamdulillah saya getting better . then lepas bersalin saya sambung set penyusuan dan saya dapat menyusukan baby sampai skrg umur 1 taun . tapikan..saya ni memang tk serius dlm mkn supplement dan tk rajin mengepam . adoiii teruk betul.
Alhamdulillah saya dipertemukan semula dgn shaklee dan dan saya berazam utk lebih gigih ambil supplement. badan pun dah sakit2....saya taknak menyesal bila dah terlambat...

No comments:

Post a Comment